KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Sunday, April 21, 2013

Cuti Tiga Hari

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)


Entah mimpi apa aku pun tak tahu tiba-tiba jer rajin nak update lak kat blog ni. Hehehe... Dah seminggu demam ni. Dua klinik dah gi ambik ubat pastu semalam dah tak tahan terus ke hospital pula. Syukur hari ni dah rasa berkurangan sikit cuma badan ni rasa lemah mungkin sebab selera makan tu kurang.
Masa pergi hospital mujur ada kawan yang sudi menjemput aku, dia yang beria-ia mengajak ke hospital katanya dah lama aku demam tapi lom baik-baik lagi.

Setelah dipertimbangkan aku pun bersetuju untuk dibawa ke hospital. Jadi 3 hari aku bercuti-cuti cinta dirumah. Opsss lupa tentu korang semua tertanya-tanyakan kenapa 3 hari?. Aku sekarang kat Perak, Jumaat cuti sempena Keputeraan Sultan Perak so apa lagi kebetulan pula memang tak sihat kira beruntunglah tak payah MC dan ambik cuti rehat.  Orang lain bercuti pergi jalan-jalan tapi memandangkan aku ni demam mood untuk keluar berjalan-jalan pun rasa kurang sangat. Lagi pun hubby tak dapat bercuti jadi lagilah aku malas nak berjalan-jalan.

Bila dah tak keluar kemana-mana mulalah aku mengadap novel. Dalam bulan April ni dah 2 novel yang dapat aku habiskan. Pertama Beautiful Asmara karya Aina Emir, lepas tu M.A.I.D karya Suri Ryana dan sekarang aku tengah membaca novel yang ke tiga iaitu karya Noor Suraya dan Imaen Cintaku Luruh Di Oxford. Baru lagi membaca novel ni. Kalau baca karya Noor Suraya dan Imaen ni memang rasa susah nak letak lebih-lebih lagi bahasa yang indah oleh Noor Suraya. Aku sejak dulu lagi suka dengan bahasa yang digunakan oleh kak Noor Suraya dalam setiap penulisannya.

Nak bercerita lebih-lebih tak boleh la pula sebabnya aku pun baru ja mula baca novel ni. Kalau korang nak tengok covernya bleh lepas ni aku letak kat sini dan ada sedikit preview tentang novel ni.


Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

* * *

Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang 'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh' menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'. JOM LIKE PAGE SAYA Rak Buku Cik Siti

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana memberi komen. Sila Datang lagi