KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Saturday, April 13, 2013

Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)

Hari ni aku nak kongsi serba sedikit tentang apa yang aku alami. Kalau sebelum ni aku tidak berapa percaya mengenai makhluk halus. Bukan tidak percaya wujudnya makhluk halus tersebut tetapi gangguan kepada diri aku sendiri. Aku selalu kuatkan semangat, tidak pernah terfikir yang bukan-bukan sehinggalah pada suatu hari aku pergi berubat. Masa tu aku pergi berubat sebab kerap sangat sakit kepala. Bila selalu sakit kepala sampaikan tak boleh bangun. Bila pergi klinik doktor bagi ubat tahan sakit  makan hilang sikit tapi dalam 3,4 hari kemudiannya jadi balik. Sampaikan nak bangun pun tak boleh, siap dengan muntah-muntah lagi. Bila nak malam pula kerap sangat terjaga dan susah nak tidur.

Pada mulanya aku tak tahu sangat punya semua tu, bila pergi berubat barulah aku tahu bahawa ada MAKHLUK lain bersama aku. Rasa hati ni masih lagi ragu-ragu. Tak boleh difikirkan semua tu. Tiba-tiba masa nak berubat tu aku jadi pening. Kepala sakit macam nak pecah dah tapi aku kuatkan semangat bertahan sehingga suasana yang ber aircond pun aku tak rasa lagi, yang aku rasa hanya panas dan berpeluh. Selesai berubat aku pun drive balik. Dalam perjalanan balik ke rumah kira-kira dalam 1/2 jam aku lalu dikawasan kelapa sawit. Mata ni seolah-olah tidak salah memandang, aku ternampak seekor ular yang besar lebih kurang sebesar paha bagi orang yang berbadan sedehana. Aku cuba mengelak dari terus terlanggar, Alhamdulillah aku tidak terlanggar tapi bila aku tengok kereta depan aku bawa ok aja tak elak apa-apa aku mula rasa berdebar. Kemudian aku tengok pula kereta belakang ok juga bawanya dalam hati mungkin hanya perasaan aku.Bila tiba dirumah rasa pening ni makin teruk. Buka pintu rumah aku terus berlari ke bilik air. Habis muntah apa yang aku makan tadi sehingga lembik jadinya. Sebab dah tak tahan sangat aku pun terus tidur kerana kepenatan.

Sejak dari hari tu badan aku selalu rasa lemah, bila tiba malam perasaan takut ni menjadi-jadi tapi aku kuatkan semangat tak nak fikirkan yang bukan-bukan. Kemudian bila aku terbaca artikel-artikel mengenai gangguan makhluk halus rupa-rupanya banyak yang terjadi pada diri aku. Tetapi hanya aku yang tidak ambik peduli. Kalau dulu aku juga sering terdengar bunyi perabut dialihkan, orang berjalan, bermain guli pada pukul 2,3 pagi hikhikhik tak terfikir aku itu semua gangguan yang aku ingat orang kat atas rumah aku ni dok main. Kelakar sungguh sebab tak pernah aku nak fikir semua tu. Badan aku pun sekarang ni dah ada kesan-kesan lebam. Harap-harap semua ni akan berakhir nanti...amin. Sudahlah aku sering ditinggalkan suami, kena duduk sorang-sorang kat rumah.

Kat bawah ni ada beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan.

Antara tanda-tandanya :

DALAM KEADAAN JAGA
- Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
- Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
- Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
- Selalu ada pergerakan dalam badan.
- Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
- Selalu sakit kepala.
- Selalu sesak nafas
- Selalu cepat marah
- Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
- Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
- Selalu berasa ketakutan.

KETIKA TERTIDUR
- Kerap terjaga.
- Selalu susah hendak tidur
- Bercakap/ berjalan dalam tidur
- Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
- Selalu mimpi kanak-kanak
- Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
- Selalu mimpi lemas/ banjir

Rupa-rupanya banyak tanda-tanda kat atas ni yang sering aku alami.






1 comment:

  1. assalamualaikum admin, sy nk mintak izin utk share tentang Raihanah Syifa
    Wangian Terapi Pendinding Diri

    minyak wangi yang telah dibaca dengan ayat - ayat suci al quran.

    1. ayat - ayat Ruqyah
    2. selawat Syifa
    3. pendinding muawwizat
    4. ayat pelembut hati
    5. ayat penerang hati
    6. doa pengasih suami isteri dan keluarga bahagia
    7. ayat pendamai
    8. doa - doa syifa

    Disyifa dan didoakan khas oleh ustaz ismail kamus

    Kebaikan

    1. pendinding ganguan makhluk halus, sihir, santau atau saka.
    2. pelembut dan penerang hati anak - anak
    3. sakit - sakit badan boleh digosok atau disapu untuk kegunaan luaran.
    4. keharmonia rumahtangga suami isteri
    5. masalah hubungan seksual suami isteri
    6. kebas kaki dan tangan akibat diabetes.
    7. migrain, luka, sakit, perut, sakit pinggangg dan buasir.

    detail boleh visit http://blogjiwamuda.blogspot.com/p/blog-page.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana memberi komen. Sila Datang lagi