KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Thursday, April 18, 2013

Kesihatan


Firman Allah Taala bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nahl, ayat 18.

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)

Rasanya beberapa hari ni tak dapat nak selalu update blog dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Kesihatan makin tak mengizinkan dah 5 hari demam. Makan ubat pun tak kebah-kebah juga. Barulah terasa bertapa nikmatnya ketika sihat. Banyak kerja yang terpaksa ditangguhkan. Assignment dan projek juga dah mula masuk. Mana lagi nak cari bahan. Sibuk pula dengan tugasan yang hakiki. MC yang doktor bagi pun rasa macam tak cukup sahaja untuk berehat.
Review tentang novel pun tak dapat nak update. Sekarang ni saya sedang membaca novel M.A.I.D karya Suri Ryana. Baru separuh pembacaan saya. Dari gambaran awal novel ni memang best, membuatkan saya tersenyum sendiri lepas tu nak tinggal lama-lama tak boleh. Sikit-sikit asyik nak pegang ja novel ni. Walaupun ubat yang doktor bagi membuatkan saya mengantuk tapi saya gagahi juga membaca novel ni. 
Lepas ni nak kena berhenti sekejap dari membaca novel kerana saya akan kembali sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
kepada yang sudi menjenguk blog saya ni, saya ucapkan terima kasih. Jangan lupa tinggalkan jejak anda nanti bila dah free saya akan menjenguk blog anda pula.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana memberi komen. Sila Datang lagi