KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Tuesday, June 4, 2013

Semerah Red Velvet

Assalamualaikum

Cepat saja masa berlalu, cuti sekolah tinggal lagi 5 hari. Kepada yang melangkah ke gerbang perkahwinan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Cuti sekolah 2 minggu ni sempat juga aku habiskan 3 buah novel. Tu pun terpaksa juga tangguh-tangguhkan sebab my hubby ajak jalan-jalan. Ketika relax sambil betulkan urat badan tu sempatlah habiskan novel, badan ni pun bukannya sihat sangat lenguh sana sini, kaki pun sejuk ja walhal badan tak demam pun. Entahlah apa kena?.

Masa sedang baca novel Semerah Red Velvet ni nak tergelak pun ada, my hubby tanya red velvet tu apa?. aku jawablah kek, dia tanya aku sedap ke tak? Aku jawab sedaplah kot. Hahaha nasib baik dia tak suruh aku buat sebabnya aku memang tak berapa nak pakar kalau bab membuat kek ni. Mujur juga suamiku bukannya minat dengan kek.


Novel Hezzy Azra ni bagi aku tidak mengecewakan. Novel yang tak berat, bila baca sambil santai memang boleh sangat menghayati watak dan jalan cerita dalam novel ni. Aku habiskan membaca novel ni ketika bercuti di Pasir Gudang melawat tempat kerja suamiku. Sambil santai-santai dihotel dapat juga aku habiskan.

Raina - Walaupun hanya berkelulusan SPM tapi semangat, pengorbanan dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi sangatlah aku puji. Bukannya semua yang hanya berkelulusan SPM perlu duduk sahaja. Zaman sekarang dengan adanya teknologi, menjadi begitu mudah untuk yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan. Dari cerita ini, aku suka dengan watak Raina, anak yang mendengar kata dan sanggup berkorban untuk keluarganya.

Emir - Mempunyai kelulusan yang berbeza dengan Raina. Kesibukan Emir ketika melanjutkan pelajarannya membuatkan Raina rasa terabai. Walaupun begitu, kesudiaan Emir untuk menerima Raina sebagai pasangan hidupnya juga aku bangga. Bak kata orang dulu-dulu, kalau nak ikat perut suami biarlah dari air tangan isteri yang sedap-sedap. Novel ni dah membuktikannya, bila Riana meninggalkan Emir, Emir rindu dengan masakan Riana dan bebelan cerita Rania saat Emir balik dari kerja.

Kalau ada yang inginkan novel ni boleh juga like page Rak Buku Cik Siti. Pasti ianya tidak mengecewakan anda.