Diformulasikan dengan adunan biji kopi Robusta dan Garam
Buluh untuk menghasilkan minuman kopi yang enak dan kaya dengan garam mineral
yang diperlukan tubuh.
Mineral Coffee dipeket kecil agar mudah dibawa kemana-mana.
Setiap kotak berharga RM26.50 (Semenanjung) atau RM27.50 (Sabah/Sarawak)
mengandungi 20 peket minuman.
Mineral Coffee semakin dikenali dan diminati di seluruh
Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia
termasuklah negara Eropah dan Timur Tengah. Ia bukan sahaja memberi anda
kepuasan kopi sebenar malah manfaat kesihatan yang tidak ternilai.
Ramai rakyat Malaysia telah mencuba dan terus meminum
Mineral Coffee kerana ia membantu mengurangkan masalah kesihatan yang dihidapi
seperti masalah penghadaman, senggugut, gastrik dan sebagainya. Mineral Coffee
menggunakan biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi diimport dari
Vietnam. Vietnam adalah pengeluar terbesar dunia kopi Robusta dan kedua
terbesar selepas Brazil pengeluar kopi dunia. Kopi Robusta adalah diantara
beberapa jenis kopi terkenal seperti kopi Arabica dan Liberica. Kopi Robusta
lebih diminati kerana aromanya yang lebih harum dan rasanya yang lebih pekat.
Selain itu, kopi Robusta mengandungi sejenis protin
dipanggil 'chlorogenic acid' yang bersifat anti-obesiti dan dapat mengurangkan
penyerapan gula dalam darah. Kopi Robusta juga mengandungi kandungan kafein
yang lebih tinggi berbanding kopi jenis lain,
dan sudah pastinya ia akan memberi tenaga dan kecergasan mental yang maksimum
untuk memulakan hari anda.
Ramuan kedua yang menjadi rahsia kebaikan Mineral Coffee ini
adalah Garam Buluh. Garam Buluh Hai-O yang diimport oleh Syarikat KAEAM Trading
dari Korea Selatan sangat popular dengan keaslian dan kandungan khasiat yang
tinggi. Garam Buluh ini sebenarnya sudah lama dimakan oleh masyarakat Korea
sejak 1300 tahun dahulu sebagai ramuan dalam perubatan purba.
Cara pembuatan Garam Buluh adalah 100% organik dan bebas
daripada sebarang bahan kimia dan logam berbahaya. Kini Garam Buluh diadun
bersama menghasilkan Mineral Coffee yang penuh kenikmatan dan kemewahan kopi
sebenar.
Banyak kajian merumuskan meminum kopi ada kebaikan
kesihatan. Diantara kebaikan yang diperhatikan dikalangan peminum kopi
berbanding golongan tidak meminum kopi adalah:
kurang menghidap penyakit kencing manis (NIDDM), penyakit
Parkinson dan nyanyuk
kurang kes sesetengah kanser, penyakit aritmia jantung dan
stroke.
“There is certainly much more good news than bad news, in
terms of coffee and health,” kata Frank Hu, MD, MPH, PhD, seorang profesor
nutrisi dan epidemiologi di Harvard School of Public Health.
Selain nikmat dan kemewahan rasa minuman Mineral Coffee, ada
banyak khasiat iaitu:
- memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
- menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi
- mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik
- membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
- membantu mengurangkan sakit senggugut
- membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan
ekzema
- mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit
- membantu mengurangkan masalah sukar tidur
- membantu anda tidur lena diwaktu malam
- mengurangkan masalah buasir dan sembelit
- khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing
manis, sakit jantung, darah tinggi dsb