KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Showing posts with label SANTAI. Show all posts
Showing posts with label SANTAI. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Mei Yang Padat

Assalamualaikum

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar sudah hampir ke penghujung Mei. Bulan mei ni banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Padat, sampaikan hari Sabtu dan Ahad pun penuh dengan aktiviti. Aku terlibat sebagai penolong jurulatih bola tampar MSSPK, lepas tu dengan kuliah pada Sabtu dan Ahad. Bila dah kuliah sudah pasti akan penuh dengan assignment dan projek yang perlu disiapkan tepat pada masanya.

Dalam kesibukan menyiapkan semua tugasan yang diamanahkan kepadaku sempat juga aku menghabiskan sebuah novel hasil karya Suri Ryana - ISTERI SEPARUH MASA. Bagi yang berminat dengan novel boleh like page aku ni Rak Buku Cik Siti. Dekat page ni ada beberapa buah novel secondhand yang aku nak jual. Keadaan novel memang masih elok sebab hanya aku yang membacanya.




Bulan Mei ni juga merupakan bulan yang penuh bermakna bagi diriku kerana bulan Mei inilah penyatuan antara aku dan suami. Sempena dengan tahun ke 5 perkahwinan kami, aku sentiasa doakan agar ianya berkekalan hingga ke hujung usia kami. Semoga hidup kami sentiasa diberkati dan memdapat rahmat Illahi. Semoga juga segala penantianku akan segera berakhir, moga-moga ada berita gembira nanti untuk kami mempunyai penyeri dalam rumahtangga antara aku dan suamiku.

Sunday, April 21, 2013

Cuti Tiga Hari

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)


Entah mimpi apa aku pun tak tahu tiba-tiba jer rajin nak update lak kat blog ni. Hehehe... Dah seminggu demam ni. Dua klinik dah gi ambik ubat pastu semalam dah tak tahan terus ke hospital pula. Syukur hari ni dah rasa berkurangan sikit cuma badan ni rasa lemah mungkin sebab selera makan tu kurang.
Masa pergi hospital mujur ada kawan yang sudi menjemput aku, dia yang beria-ia mengajak ke hospital katanya dah lama aku demam tapi lom baik-baik lagi.

Setelah dipertimbangkan aku pun bersetuju untuk dibawa ke hospital. Jadi 3 hari aku bercuti-cuti cinta dirumah. Opsss lupa tentu korang semua tertanya-tanyakan kenapa 3 hari?. Aku sekarang kat Perak, Jumaat cuti sempena Keputeraan Sultan Perak so apa lagi kebetulan pula memang tak sihat kira beruntunglah tak payah MC dan ambik cuti rehat.  Orang lain bercuti pergi jalan-jalan tapi memandangkan aku ni demam mood untuk keluar berjalan-jalan pun rasa kurang sangat. Lagi pun hubby tak dapat bercuti jadi lagilah aku malas nak berjalan-jalan.

Bila dah tak keluar kemana-mana mulalah aku mengadap novel. Dalam bulan April ni dah 2 novel yang dapat aku habiskan. Pertama Beautiful Asmara karya Aina Emir, lepas tu M.A.I.D karya Suri Ryana dan sekarang aku tengah membaca novel yang ke tiga iaitu karya Noor Suraya dan Imaen Cintaku Luruh Di Oxford. Baru lagi membaca novel ni. Kalau baca karya Noor Suraya dan Imaen ni memang rasa susah nak letak lebih-lebih lagi bahasa yang indah oleh Noor Suraya. Aku sejak dulu lagi suka dengan bahasa yang digunakan oleh kak Noor Suraya dalam setiap penulisannya.

Nak bercerita lebih-lebih tak boleh la pula sebabnya aku pun baru ja mula baca novel ni. Kalau korang nak tengok covernya bleh lepas ni aku letak kat sini dan ada sedikit preview tentang novel ni.


Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

* * *

Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang 'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh' menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'. JOM LIKE PAGE SAYA Rak Buku Cik Siti

Thursday, April 18, 2013

Kesihatan


Firman Allah Taala bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nahl, ayat 18.

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)

Rasanya beberapa hari ni tak dapat nak selalu update blog dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Kesihatan makin tak mengizinkan dah 5 hari demam. Makan ubat pun tak kebah-kebah juga. Barulah terasa bertapa nikmatnya ketika sihat. Banyak kerja yang terpaksa ditangguhkan. Assignment dan projek juga dah mula masuk. Mana lagi nak cari bahan. Sibuk pula dengan tugasan yang hakiki. MC yang doktor bagi pun rasa macam tak cukup sahaja untuk berehat.
Review tentang novel pun tak dapat nak update. Sekarang ni saya sedang membaca novel M.A.I.D karya Suri Ryana. Baru separuh pembacaan saya. Dari gambaran awal novel ni memang best, membuatkan saya tersenyum sendiri lepas tu nak tinggal lama-lama tak boleh. Sikit-sikit asyik nak pegang ja novel ni. Walaupun ubat yang doktor bagi membuatkan saya mengantuk tapi saya gagahi juga membaca novel ni. 
Lepas ni nak kena berhenti sekejap dari membaca novel kerana saya akan kembali sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
kepada yang sudi menjenguk blog saya ni, saya ucapkan terima kasih. Jangan lupa tinggalkan jejak anda nanti bila dah free saya akan menjenguk blog anda pula.

Tuesday, April 9, 2013

PRU 13

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)

Hari ni saya bukan nak bercerita pasal Parti. Hehehe cuma nak cerita pasal semangat nak mengundi. Aduhai pening jadinya bila dekat FB dan blog sekarang ni dok berperang pasal parti. Memanglah itu pilihan masing-masing tapi janganlah sampai ada yang bergaduh dan maki-memaki sesama sendiri. Lebih menghairankan dan yang menjadi-jadinya saya tengok rata-rata anak-anak muda yang baru kali pertama nak mengundi. Ya Allah statusnya kadang-kadang boleh jadi semak kat wall. Yang paling lawak main share jer semua yang orang post. Kadang-kadang terpaksa juga mata ni membaca dan membelek-belek sebab dah muncul dekat wall. Nak remove takut nanti berkecil hati, nak komen memang taklah sebab nanti akan mencetuskan lagi kemarahan. Bersabar ajalah tengok.
Itu cerita dekat wall FB dan blog. Sekarang ni cerita dekat simpang-simpang jalan pula. Penuh dengan bendera. Okey tidak apa itu tandanya persaingan yang sihat. Baguskan semua bersemangat. Tapi sedihnya yang pasang bendera ni tak fikir ianya boleh mendatangkan bahaya. Nak melintas jalan pun tak nampak, terutamanya dekat simpang-simpang besar yang banyak kereta. Nyaris-nyaris nak berlanggar pun ada. Mana taknya, sebesar-besar bendera diletakkan kat simpang jalan.
Makanya, harap-haraplah lepas ni masing-masing berfikir dengan rasional. Undian anda adalah rahsia.

Thursday, April 4, 2013

KeMBaLi

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)

Wah!! memang lama sungguh rumah ni ditinggalkan. Entah mengapa sejak akhir-akhir ni nak menulis tu idea selalu tak ada. Mungkin sebab selesa dengan facebook. Asyik update status kat situ ja sampaikan dekat blog pun tak punya masa nak belek-belek macam dulu lagi. Kekangan masa dengan kerja, belajar dan tugas-tugas rumah yang tak pernah surut asyik bertambah sahaja.
Dah tu, ramai juga kawan-kawan yang dekat blog menyepikan diri. Rasa seperti sunyi saja tak semeriah seperti tahun 2005 dahulu zaman dimana saya rajin sangat menjengah blog ke blog, say hi, hello dan hulurkan salam perkenalan. Ada juga kawan-kawan yang kenal dekat blog ni menjadi rapat dan masih berhubung sehingga sekarang. Tapi ramai juga yang mula menyepikan diri dan tak mengarang seperti dulu lagi.... huurrmm mungkin mereka juga seperti saya kekangan masa.
Apa-apa pun saya ingin kembali mencoretkan rasa dihati saya. TQ kepada kawan-kawan yang sudi membaca entry saya.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan