KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Showing posts with label 2NDHAND. Show all posts
Showing posts with label 2NDHAND. Show all posts

Friday, January 9, 2015

NOVEL LAGI

Assalamualaikum
Lamanya tak update pasal novel.
Selepas dah kemas-kemas almari Siti nak jual novel-novel ni.
Bukan apa dah sesak sangat dah almari kat rumah.
So novel-novel ni masih lagi dalam keadaan baik sebabnya hanya Siti seorang jer yang membacanya.
U all tak perlu risau memang dijamin tak koyak dan rosak.
Pasti puas hatilah. Harga pun memang harga secondhand. 


RM15 dan RM18 untuk setiap satu novel termasuk kos pos semenanjung Malaysia. 
Korang juga boleh belek-belek kat sini... RAK BUKU CIK SITI
Berminat boleh jer nak pm/whatsapp ke nombor 0124715819

Sunday, January 12, 2014

Novel Terpakai

Assalamualaikum
Happy Sunday All...
Hari ni kemas-kemas almari rumah dan rasa nak let go novel-novel ni. Kalau ada yang nak beli boleh email atau pm Siti. Tak pun gi jer kat page Rak Buku Cik Siti korang leh tengok novel-novel yang aku nak jual tu.
Oppsss, istimewa kalau ada yang nak beli borong. Jangan risau dah tentulah aku bagi diskaun kat korang kalau borong semua novel-novel ni hehehe.

Antara novel-novel yang nak dijual :-

1. Bisik-bisik gelora - Fauziah Ashari =RM18.00
2. Nuansa Kota Merah - Khairyn Othman RM15.00
3. Kuseru Rindu Itu - Hanni Ramsul RM20.00
4. Takdir Yang Terindah - Nana Faiz RM14.00
5. Isteri Separuh Masa - Suri Ryana = RM16.00
6. Pelangi Cinta Buat suami - RM25.00

Harga dah termasuk kos pos bagi semenanjung Malaysia.



Friday, July 5, 2013

ANTHEM ~ HLOVATE

Assalamualaikum

Lamanya aku tak post entri kat sini. Sekarang ni sangat-sangat sibuk banyak kerja yang perlu diselesaikan dahulu. Sabtu dan ahad pun kena bekerja juga dengan laporan aktiviti kena siapkan segera, seminar dan kursus yang perlu dihadiri. Rasanya tak cukup kaki dan tangan lagi. Balik sudahnya penat, nak mengadap novel pun tak sempat. Baru dua, tiga muka surat mata ni mulalah nak pejam jadinya.

Minggu lepas aku cuba membaca novel Anthem karya dari Hlovate. Memang teramatlah lambat aku rasakan nak habis membaca novel ni. Susah juga nak kena dengan jiwa aku ni. Mungkin cita rasa kita berbeza. Kalau karya dari Hlovate ni hanya 5 Tahun 5 Bulan sahaja yang aku betul-betul dapat memahami dan membacanya dengan jaya. Lain-lain tu ambik masa, ada yang separuh jalan aku terpaksa letak dahulu.

Tidak dapat dinafikan karya dari Hlovate memang mempunyai banyak nasihat yang boleh dijadikan panduan. Mungkin kerana usiaku dipertengahan menjadikan agar sukar untuk aku hayati ceritanya dan memahami dengan sepenuhnya. Rasa-rasanya karya Hlovate lebih sesuai kepada mereka yang berusia 30 tahun kebawah. Itu hanya pendapat aku sahaja.

Kalau yang memang meminati karya Hlovate bolehlah memiliki ANTHEM, boleh juga like page aku di FB RAK BUKU CIK SITI.

Tuesday, June 4, 2013

Semerah Red Velvet

Assalamualaikum

Cepat saja masa berlalu, cuti sekolah tinggal lagi 5 hari. Kepada yang melangkah ke gerbang perkahwinan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Cuti sekolah 2 minggu ni sempat juga aku habiskan 3 buah novel. Tu pun terpaksa juga tangguh-tangguhkan sebab my hubby ajak jalan-jalan. Ketika relax sambil betulkan urat badan tu sempatlah habiskan novel, badan ni pun bukannya sihat sangat lenguh sana sini, kaki pun sejuk ja walhal badan tak demam pun. Entahlah apa kena?.

Masa sedang baca novel Semerah Red Velvet ni nak tergelak pun ada, my hubby tanya red velvet tu apa?. aku jawablah kek, dia tanya aku sedap ke tak? Aku jawab sedaplah kot. Hahaha nasib baik dia tak suruh aku buat sebabnya aku memang tak berapa nak pakar kalau bab membuat kek ni. Mujur juga suamiku bukannya minat dengan kek.


Novel Hezzy Azra ni bagi aku tidak mengecewakan. Novel yang tak berat, bila baca sambil santai memang boleh sangat menghayati watak dan jalan cerita dalam novel ni. Aku habiskan membaca novel ni ketika bercuti di Pasir Gudang melawat tempat kerja suamiku. Sambil santai-santai dihotel dapat juga aku habiskan.

Raina - Walaupun hanya berkelulusan SPM tapi semangat, pengorbanan dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi sangatlah aku puji. Bukannya semua yang hanya berkelulusan SPM perlu duduk sahaja. Zaman sekarang dengan adanya teknologi, menjadi begitu mudah untuk yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan. Dari cerita ini, aku suka dengan watak Raina, anak yang mendengar kata dan sanggup berkorban untuk keluarganya.

Emir - Mempunyai kelulusan yang berbeza dengan Raina. Kesibukan Emir ketika melanjutkan pelajarannya membuatkan Raina rasa terabai. Walaupun begitu, kesudiaan Emir untuk menerima Raina sebagai pasangan hidupnya juga aku bangga. Bak kata orang dulu-dulu, kalau nak ikat perut suami biarlah dari air tangan isteri yang sedap-sedap. Novel ni dah membuktikannya, bila Riana meninggalkan Emir, Emir rindu dengan masakan Riana dan bebelan cerita Rania saat Emir balik dari kerja.

Kalau ada yang inginkan novel ni boleh juga like page Rak Buku Cik Siti. Pasti ianya tidak mengecewakan anda.

Sunday, May 19, 2013

Sandal Bunga-bunga

Assalamualaikum


I
Sep 2010
Tunggu saya. Itu yang dia suruh.
Dis 2010
Tunggu saya. Dia ulang lagi.
Feb 2011
Aku dah tak boleh tunggu lagi.
II
“Maafkan I.”
Dia diam.
“You tak nak cakap apa-apa ke?”
“Pergi.”
“Apa dia?”
“Tiada siaran ulangan.”
Masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu. Tapi, mereka cuba membuka lembaran baharu kehidupan dengan hidup bersama.


“Saya… bukan orang yang menarik. Saya ni kuat membebel, takut gelap, takut hujan, suka makan tapi tak pandai masak dan banyak lagi la benda yang tak okey fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?”
“Okey.” Zahran angguk.

Bermula dari situ, mereka mula mengenal setiap sisi masing-masing. Izza harus ke dunia Zahran yang tak pernah dia terfikir akan pergi.

“Sebelum kita terjun I nak you tahu yang I sayangkan semua orang dalam famili….” Izza terhenti seketika. “… dan I benci you!”

Namun, ada yang benci dengan kebahagiaan mereka. Mampukah mereka mengharungi gelombang dugaan hidup yang melanggar mereka?


Bagi aku novel ni santai dan membuatkan aku tak sabar nak habiskan untuk mengetahui apakah kesudahan cerita cinta Izza dan Zahran, serta payah juga nak letak. Suka bab Izza dan Zahran bertemu. Adakalanya membuatkan aku tersenyum sendiri. Tahniah buat penulisnya Faziela kerana dapat menghasilkan novel yang begini. Banyak kelainan yang ditonjolkan dalam novelnya.

Kalau ada yang masih tercari-cari novel untuk dibaca SANDAL BUNGA-BUNGA sesuai untuk dijadikan koleksi anda. JOM LIKE PAGE SAYA Rak Buku Cik Siti

Tuesday, May 14, 2013

Mei Yang Padat

Assalamualaikum

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar sudah hampir ke penghujung Mei. Bulan mei ni banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Padat, sampaikan hari Sabtu dan Ahad pun penuh dengan aktiviti. Aku terlibat sebagai penolong jurulatih bola tampar MSSPK, lepas tu dengan kuliah pada Sabtu dan Ahad. Bila dah kuliah sudah pasti akan penuh dengan assignment dan projek yang perlu disiapkan tepat pada masanya.

Dalam kesibukan menyiapkan semua tugasan yang diamanahkan kepadaku sempat juga aku menghabiskan sebuah novel hasil karya Suri Ryana - ISTERI SEPARUH MASA. Bagi yang berminat dengan novel boleh like page aku ni Rak Buku Cik Siti. Dekat page ni ada beberapa buah novel secondhand yang aku nak jual. Keadaan novel memang masih elok sebab hanya aku yang membacanya.




Bulan Mei ni juga merupakan bulan yang penuh bermakna bagi diriku kerana bulan Mei inilah penyatuan antara aku dan suami. Sempena dengan tahun ke 5 perkahwinan kami, aku sentiasa doakan agar ianya berkekalan hingga ke hujung usia kami. Semoga hidup kami sentiasa diberkati dan memdapat rahmat Illahi. Semoga juga segala penantianku akan segera berakhir, moga-moga ada berita gembira nanti untuk kami mempunyai penyeri dalam rumahtangga antara aku dan suamiku.

Sunday, April 14, 2013

Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul


Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul RM20.00






Sinopsis


Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Thursday, April 11, 2013

2X5 - Areila Sahimi


2X5 - Areila Sahimi RM15.00

Sinopsis

Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee pernah berpujangga.....sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.

Pada Syakirin, Zaim bukanlah lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.

Setebal mana tembok lelaki itu, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina. Bila insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wannita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Dalam kalut kehadiran Sofea, muncul Johan Razi si hartawan yang hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.

Antara Syakirin dan Zaim, meeka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing-masing 2 X 5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu juga boleh membawa padah.









Rak Buku Cik Siti <----- Like this page.

Tuesday, April 9, 2013

Yes Boss!!



Sinopsis Yes Boss!-Areila Sahimi RM15.00

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?



~~ JOM LIKE SINI Rak Buku Cik Siti

Sunday, April 7, 2013

Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni



Assalamualaikum,
Saya nak jual novel ni sebab rupa-rupanya dah terbeli 2 kali. Walaupun mcm tu harga tetap secondhand. Kalau ada yang berminat boleh tinggalkan komen kat sini ataupun melawat fb saya. Rak Buku Cik Siti 
Harga novel RM15.00 termasuk kos pos

SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Saturday, April 6, 2013

Novel Untuk Dijual

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

HARGA ASAL RM32.90
(RM25.00)

Macam-macam cara Khuzairi ni buat nak tunjukkan keikhlasan dia tapi Mia Adriana tak pernah kesah. Sampailah berlaku sesuatu kepada Mia Adriana yang buatkan dia sedar takde orang lain yang boleh cintakan dia seikhlas Khuzairi. Tapi masa tu Khuzairi dah tawar hati. Apa yang Mia Adriana buat untuk dapatkan suami dia kembali? Apa yang menyebabkan Khuzairi tawar hati?
Tak bolehlah aku nak cerita habis kat sini nanti tak surprise. Korang kena beli dan baca sendiri. Memang best cerita ni. Aku cakap best bukan sebab aku die-hard-fans Siti Rosmizah tapi sebab novel best and hebat macam ni rugi kalau korang tak baca. Aku dah baca banyak novel dan memang banyak yang ada dalam simpanan aku. Novel 7 Hari Mencintaiku antara koleksi terbaik dan sangat berharga. Front cover novel 7 Hari Mencintaiku ada maksud tersendiri sebenarnya. Tak percaya? Ok, ini maksud disebalik front cover yang smart ni, dari Siti Rosmizah sendiri. Ayat kat bahagian depan ni gunakan lirik lagu Mengintai Dari Tirai Kamar nyanyian kumpulan Exist.
 Gambar rumah mewah menunjukkan heroin cerita ni anak orang kaya. Tingkap umpama lelaki ni cuba mengintai atau dalam erti kata lain menyimpan hati pada perempuan ni walaupun dia tahu dia sememangnya tak layak. Ada 7 kelopak Bunga Ros yang berterbangan. 7 kelopak ni membawa maksud permintaan perempuan tu nanti di akhir cerita ni bila dia mula sedar ketulusan hati lelaki ni.
 Tapi masa tu hati lelaki ni macam dah tertutup. Disebabkan perempuan ni terlalu ingin cinta dari lelaki yang tak pernah dihargai selama ini, dia buat permintaan cukuplah '7 Hari Mencintaiku'.

 

Friday, April 5, 2013

Novel Terpakai

Assalamualaikum
 Hello
 Hai (^_^)
 Disini saya nak jual beberapa buah novel yang masih lagi elok. Elok sebab saya seorang yang baca. Memang dijamin masih elok. Kalau ada yang berminat bolehlah emailkan pada saya atau tinggalkan komen. Nanti saya akan uploadkan cover untuk novel-novel yang saya nak jual ni.
 Harga yang tertera kat sini dah termasuk kos pos. Kalau ada yang berminat boleh juga korang lawati Facebook saya.
 1. Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni RM15.00
 2. Yes Boss! - Areila Sahimi RM15.00
 3. Nuansa Kota Merah - Khairyn Othman RM15.00
 4. 2X5 - Areila Sahimi RM15.00
 5. Kuseru Rindu Itu - Hanni Ramsul RM20.00
 6. Takdir Yang Terindah - Nana Faiz RM14.00
 7. Izinkan Kubahagia - Leeya Myra RM14.00