KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Wednesday, July 17, 2013

Vista Zania

Assalamualaikum
Hai
Hello

Kali pertama dengar nama dah tertarik. VISTA ZANIA?. Tentu korang tertanya-tanya apa dia Vista Zaniakan?. Huhuhu sebenarnya Vista Zania ni sejenis perfume. Memang wangi sangat-sangat. Dalam sekotak ada 7 botol. Korang boleh tukar hari-hari bauannya. Dari hari Isnin hinggalah Ahad, baunya tersangatlah mengancam.

Memang jatuh cinta, Kotak biru Vista Zania untuk lelaki dan kotak merah pula Vista Zania untuk perempuan. Kalau korang nak dapatkannya bolehlah berhubung dengan CT - 012-4715819. Harga sekotak RM52.00, Kalau nak beli perbotol juga boleh tapi minimum pembelian 2 botol RM10.


Mari kita kenali lebih dekat lagi Vista Zania - the scent of celebration adalah wangian istimewa berasaskan MINYAK TANPA AlKOHOL yang diadun sempurna untuk membangkitkan semangat ketika memulakan hari anda

Tuesday, July 9, 2013

Sabun ajaib

Assalamualaikum
Hello / Hai

Hari ni aku nak bercerita tentang sabun ajaib. Sabun ni memang bagus. Seisi keluarga boleh guna sabun ni dari bayi hinggalah dewasa. Sangat sesuai kepada yang mengalami masalah gatal pada kulit, lepas tu badan dan muka berjerawat, untuk yang mempunyai masalah bau badan yang teruk juga boleh guna. Sesuai sangat tau, bagi yang menghadapi masalah seperti kelengkang gelap dan ketiak hitam memang mujarab. Jangan malu-malu atau segan untuk korang beli sabun ni.

Daripada badan dan ketiak berbau kepam lebih baik guna sabun ni jimat pun jimat harga sangat-sangat berpatutan. Seketuk baru RM35.00, murahkan? dah tu tahan lama pula. Kalau beli sekotak lagi jimat dalam sekotak ada 3 ketul sabun harganya RM 105.00, wah memang berbaloi-baloi.

Sabun ni dikenali sebagai sabun ketiak, atau namanya MARINE ESSENCE. Tersangat-sangat wangi. Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sabun ni. Boleh juga buat tempahan dan saya sekarang mencari pengedar serta drop ship. Untuk maklumat lanjut korang boleh like page saya J.S Marine Essence.

Friday, July 5, 2013

ANTHEM ~ HLOVATE

Assalamualaikum

Lamanya aku tak post entri kat sini. Sekarang ni sangat-sangat sibuk banyak kerja yang perlu diselesaikan dahulu. Sabtu dan ahad pun kena bekerja juga dengan laporan aktiviti kena siapkan segera, seminar dan kursus yang perlu dihadiri. Rasanya tak cukup kaki dan tangan lagi. Balik sudahnya penat, nak mengadap novel pun tak sempat. Baru dua, tiga muka surat mata ni mulalah nak pejam jadinya.

Minggu lepas aku cuba membaca novel Anthem karya dari Hlovate. Memang teramatlah lambat aku rasakan nak habis membaca novel ni. Susah juga nak kena dengan jiwa aku ni. Mungkin cita rasa kita berbeza. Kalau karya dari Hlovate ni hanya 5 Tahun 5 Bulan sahaja yang aku betul-betul dapat memahami dan membacanya dengan jaya. Lain-lain tu ambik masa, ada yang separuh jalan aku terpaksa letak dahulu.

Tidak dapat dinafikan karya dari Hlovate memang mempunyai banyak nasihat yang boleh dijadikan panduan. Mungkin kerana usiaku dipertengahan menjadikan agar sukar untuk aku hayati ceritanya dan memahami dengan sepenuhnya. Rasa-rasanya karya Hlovate lebih sesuai kepada mereka yang berusia 30 tahun kebawah. Itu hanya pendapat aku sahaja.

Kalau yang memang meminati karya Hlovate bolehlah memiliki ANTHEM, boleh juga like page aku di FB RAK BUKU CIK SITI.

Tuesday, June 4, 2013

Semerah Red Velvet

Assalamualaikum

Cepat saja masa berlalu, cuti sekolah tinggal lagi 5 hari. Kepada yang melangkah ke gerbang perkahwinan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Cuti sekolah 2 minggu ni sempat juga aku habiskan 3 buah novel. Tu pun terpaksa juga tangguh-tangguhkan sebab my hubby ajak jalan-jalan. Ketika relax sambil betulkan urat badan tu sempatlah habiskan novel, badan ni pun bukannya sihat sangat lenguh sana sini, kaki pun sejuk ja walhal badan tak demam pun. Entahlah apa kena?.

Masa sedang baca novel Semerah Red Velvet ni nak tergelak pun ada, my hubby tanya red velvet tu apa?. aku jawablah kek, dia tanya aku sedap ke tak? Aku jawab sedaplah kot. Hahaha nasib baik dia tak suruh aku buat sebabnya aku memang tak berapa nak pakar kalau bab membuat kek ni. Mujur juga suamiku bukannya minat dengan kek.


Novel Hezzy Azra ni bagi aku tidak mengecewakan. Novel yang tak berat, bila baca sambil santai memang boleh sangat menghayati watak dan jalan cerita dalam novel ni. Aku habiskan membaca novel ni ketika bercuti di Pasir Gudang melawat tempat kerja suamiku. Sambil santai-santai dihotel dapat juga aku habiskan.

Raina - Walaupun hanya berkelulusan SPM tapi semangat, pengorbanan dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi sangatlah aku puji. Bukannya semua yang hanya berkelulusan SPM perlu duduk sahaja. Zaman sekarang dengan adanya teknologi, menjadi begitu mudah untuk yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan. Dari cerita ini, aku suka dengan watak Raina, anak yang mendengar kata dan sanggup berkorban untuk keluarganya.

Emir - Mempunyai kelulusan yang berbeza dengan Raina. Kesibukan Emir ketika melanjutkan pelajarannya membuatkan Raina rasa terabai. Walaupun begitu, kesudiaan Emir untuk menerima Raina sebagai pasangan hidupnya juga aku bangga. Bak kata orang dulu-dulu, kalau nak ikat perut suami biarlah dari air tangan isteri yang sedap-sedap. Novel ni dah membuktikannya, bila Riana meninggalkan Emir, Emir rindu dengan masakan Riana dan bebelan cerita Rania saat Emir balik dari kerja.

Kalau ada yang inginkan novel ni boleh juga like page Rak Buku Cik Siti. Pasti ianya tidak mengecewakan anda.