Assalamualaikum
Cepat saja masa berlalu, cuti sekolah tinggal lagi 5 hari. Kepada yang melangkah ke gerbang perkahwinan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Cuti sekolah 2 minggu ni sempat juga aku habiskan 3 buah novel. Tu pun terpaksa juga tangguh-tangguhkan sebab my hubby ajak jalan-jalan. Ketika relax sambil betulkan urat badan tu sempatlah habiskan novel, badan ni pun bukannya sihat sangat lenguh sana sini, kaki pun sejuk ja walhal badan tak demam pun. Entahlah apa kena?.
Masa sedang baca novel Semerah Red Velvet ni nak tergelak pun ada, my hubby tanya red velvet tu apa?. aku jawablah kek, dia tanya aku sedap ke tak? Aku jawab sedaplah kot. Hahaha nasib baik dia tak suruh aku buat sebabnya aku memang tak berapa nak pakar kalau bab membuat kek ni. Mujur juga suamiku bukannya minat dengan kek.
Novel Hezzy Azra ni bagi aku tidak mengecewakan. Novel yang tak berat, bila baca sambil santai memang boleh sangat menghayati watak dan jalan cerita dalam novel ni. Aku habiskan membaca novel ni ketika bercuti di Pasir Gudang melawat tempat kerja suamiku. Sambil santai-santai dihotel dapat juga aku habiskan.
Raina - Walaupun hanya berkelulusan SPM tapi semangat, pengorbanan dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi sangatlah aku puji. Bukannya semua yang hanya berkelulusan SPM perlu duduk sahaja. Zaman sekarang dengan adanya teknologi, menjadi begitu mudah untuk yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan. Dari cerita ini, aku suka dengan watak Raina, anak yang mendengar kata dan sanggup berkorban untuk keluarganya.
Emir - Mempunyai kelulusan yang berbeza dengan Raina. Kesibukan Emir ketika melanjutkan pelajarannya membuatkan Raina rasa terabai. Walaupun begitu, kesudiaan Emir untuk menerima Raina sebagai pasangan hidupnya juga aku bangga. Bak kata orang dulu-dulu, kalau nak ikat perut suami biarlah dari air tangan isteri yang sedap-sedap. Novel ni dah membuktikannya, bila Riana meninggalkan Emir, Emir rindu dengan masakan Riana dan bebelan cerita Rania saat Emir balik dari kerja.
Kalau ada yang inginkan novel ni boleh juga like page Rak Buku Cik Siti. Pasti ianya tidak mengecewakan anda.
KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA
KLIK THIS
Tuesday, June 4, 2013
Sunday, May 19, 2013
Sandal Bunga-bunga
Assalamualaikum
I
Sep 2010
Tunggu saya. Itu yang dia suruh.
Dis 2010
Tunggu saya. Dia ulang lagi.
Feb 2011
Aku dah tak boleh tunggu lagi.
II
“Maafkan I.”
Dia diam.
“You tak nak cakap apa-apa ke?”
“Pergi.”
“Apa dia?”
“Tiada siaran ulangan.”
Masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu.
Tapi, mereka cuba membuka lembaran baharu kehidupan dengan hidup bersama.
“Saya… bukan orang yang menarik. Saya ni kuat membebel,
takut gelap, takut hujan, suka makan tapi tak pandai masak dan banyak lagi la
benda yang tak okey fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?”
“Okey.” Zahran angguk.
Bermula dari situ, mereka mula mengenal setiap sisi
masing-masing. Izza harus ke dunia Zahran yang tak pernah dia terfikir akan
pergi.
“Sebelum kita terjun I nak you tahu yang I sayangkan semua
orang dalam famili….” Izza terhenti seketika. “… dan I benci you!”
Namun, ada yang benci dengan kebahagiaan mereka. Mampukah
mereka mengharungi gelombang dugaan hidup yang melanggar mereka?
Bagi aku novel ni santai dan membuatkan aku tak sabar nak habiskan untuk mengetahui apakah kesudahan cerita cinta Izza dan Zahran, serta payah juga nak letak. Suka bab Izza dan Zahran bertemu. Adakalanya membuatkan aku tersenyum sendiri. Tahniah buat penulisnya Faziela kerana dapat menghasilkan novel yang begini. Banyak kelainan yang ditonjolkan dalam novelnya.
Kalau ada yang masih tercari-cari novel untuk dibaca SANDAL BUNGA-BUNGA sesuai untuk dijadikan koleksi anda. JOM LIKE PAGE SAYA Rak Buku Cik Siti
Tuesday, May 14, 2013
Mei Yang Padat
Assalamualaikum
Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar sudah hampir ke penghujung Mei. Bulan mei ni banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Padat, sampaikan hari Sabtu dan Ahad pun penuh dengan aktiviti. Aku terlibat sebagai penolong jurulatih bola tampar MSSPK, lepas tu dengan kuliah pada Sabtu dan Ahad. Bila dah kuliah sudah pasti akan penuh dengan assignment dan projek yang perlu disiapkan tepat pada masanya.
Dalam kesibukan menyiapkan semua tugasan yang diamanahkan kepadaku sempat juga aku menghabiskan sebuah novel hasil karya Suri Ryana - ISTERI SEPARUH MASA. Bagi yang berminat dengan novel boleh like page aku ni Rak Buku Cik Siti. Dekat page ni ada beberapa buah novel secondhand yang aku nak jual. Keadaan novel memang masih elok sebab hanya aku yang membacanya.
Bulan Mei ni juga merupakan bulan yang penuh bermakna bagi diriku kerana bulan Mei inilah penyatuan antara aku dan suami. Sempena dengan tahun ke 5 perkahwinan kami, aku sentiasa doakan agar ianya berkekalan hingga ke hujung usia kami. Semoga hidup kami sentiasa diberkati dan memdapat rahmat Illahi. Semoga juga segala penantianku akan segera berakhir, moga-moga ada berita gembira nanti untuk kami mempunyai penyeri dalam rumahtangga antara aku dan suamiku.

Sunday, April 21, 2013
Cuti Tiga Hari
Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)
Entah mimpi apa aku pun tak tahu tiba-tiba jer rajin nak update lak kat blog ni. Hehehe... Dah seminggu demam ni. Dua klinik dah gi ambik ubat pastu semalam dah tak tahan terus ke hospital pula. Syukur hari ni dah rasa berkurangan sikit cuma badan ni rasa lemah mungkin sebab selera makan tu kurang.
Masa pergi hospital mujur ada kawan yang sudi menjemput aku, dia yang beria-ia mengajak ke hospital katanya dah lama aku demam tapi lom baik-baik lagi.
Setelah dipertimbangkan aku pun bersetuju untuk dibawa ke hospital. Jadi 3 hari aku bercuti-cuti cinta dirumah. Opsss lupa tentu korang semua tertanya-tanyakan kenapa 3 hari?. Aku sekarang kat Perak, Jumaat cuti sempena Keputeraan Sultan Perak so apa lagi kebetulan pula memang tak sihat kira beruntunglah tak payah MC dan ambik cuti rehat. Orang lain bercuti pergi jalan-jalan tapi memandangkan aku ni demam mood untuk keluar berjalan-jalan pun rasa kurang sangat. Lagi pun hubby tak dapat bercuti jadi lagilah aku malas nak berjalan-jalan.
Bila dah tak keluar kemana-mana mulalah aku mengadap novel. Dalam bulan April ni dah 2 novel yang dapat aku habiskan. Pertama Beautiful Asmara karya Aina Emir, lepas tu M.A.I.D karya Suri Ryana dan sekarang aku tengah membaca novel yang ke tiga iaitu karya Noor Suraya dan Imaen Cintaku Luruh Di Oxford. Baru lagi membaca novel ni. Kalau baca karya Noor Suraya dan Imaen ni memang rasa susah nak letak lebih-lebih lagi bahasa yang indah oleh Noor Suraya. Aku sejak dulu lagi suka dengan bahasa yang digunakan oleh kak Noor Suraya dalam setiap penulisannya.
Nak bercerita lebih-lebih tak boleh la pula sebabnya aku pun baru ja mula baca novel ni. Kalau korang nak tengok covernya bleh lepas ni aku letak kat sini dan ada sedikit preview tentang novel ni.

Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa
kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda.
Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu?
Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui
pasangannya semula?
* * *
Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang
'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh'
menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya
untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'. JOM LIKE PAGE SAYA Rak Buku Cik Siti
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)