Sinopsis Yes Boss!-Areila Sahimi RM15.00
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s.
Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat
tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua
bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib
tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya
berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk
Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk
Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model
keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana
juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover
line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita
bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib
dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya
itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan
mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam
diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia
sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan.
Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos
memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di
kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan
keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka
dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah
yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah
menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
~~ JOM LIKE SINI Rak Buku Cik Siti
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana memberi komen. Sila Datang lagi