KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Monday, April 8, 2013

Beautiful Asmara

Assalamualaikum

Sekarang ni saya sedang membaca novel Beautiful Asmara karya Aina Emir. Mendengar tajuknya sahaja pun membuatkan saya teruja. Sweetkan "Beautiful Asamara"?. Alahai, Fira Asmara yang digambarkan juga membuatkan saya jadi berangan-angan dengan gaya yang sopan dan cantik.
Saya sangat suka dengan peribadi dan sikap yang digambarkan tentang Fira Asmara. Kepada yang belum memiliki novel ni bolehlah mula menulis dalam list anda, pasti ianya tidak menghampakan.

SINOPSIS


Husna, Khaleeda dan Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan minah urban.

Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan. Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak semudah menyusun huruf alif baa taa.

Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’, bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini, Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan.

Beautiful Asmara akan membawa anda untuk berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapi mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana memberi komen. Sila Datang lagi