KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KEDAI ONLINE::PRODUK KESIHATAN ANDA

KLIK THIS

Tuesday, April 9, 2013

PRU 13

Assalamualaikum
Hello
Hai (^_^)

Hari ni saya bukan nak bercerita pasal Parti. Hehehe cuma nak cerita pasal semangat nak mengundi. Aduhai pening jadinya bila dekat FB dan blog sekarang ni dok berperang pasal parti. Memanglah itu pilihan masing-masing tapi janganlah sampai ada yang bergaduh dan maki-memaki sesama sendiri. Lebih menghairankan dan yang menjadi-jadinya saya tengok rata-rata anak-anak muda yang baru kali pertama nak mengundi. Ya Allah statusnya kadang-kadang boleh jadi semak kat wall. Yang paling lawak main share jer semua yang orang post. Kadang-kadang terpaksa juga mata ni membaca dan membelek-belek sebab dah muncul dekat wall. Nak remove takut nanti berkecil hati, nak komen memang taklah sebab nanti akan mencetuskan lagi kemarahan. Bersabar ajalah tengok.
Itu cerita dekat wall FB dan blog. Sekarang ni cerita dekat simpang-simpang jalan pula. Penuh dengan bendera. Okey tidak apa itu tandanya persaingan yang sihat. Baguskan semua bersemangat. Tapi sedihnya yang pasang bendera ni tak fikir ianya boleh mendatangkan bahaya. Nak melintas jalan pun tak nampak, terutamanya dekat simpang-simpang besar yang banyak kereta. Nyaris-nyaris nak berlanggar pun ada. Mana taknya, sebesar-besar bendera diletakkan kat simpang jalan.
Makanya, harap-haraplah lepas ni masing-masing berfikir dengan rasional. Undian anda adalah rahsia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana memberi komen. Sila Datang lagi